Wednesday, December 24, 2008

Borneo Yang Terindah





Sedari awal saya menyedari bahawa Negeri Sabah adalah negeri yang terindah sekali. Kini Sabah telah diiktiraf sebagai Pusat Pelancongan Malaysia.. alangkah bertuahnya negeriku. Di negeri ini juga aku menyaksikan asimilasi budaya yang akrab sekali. Tidak hairanlah negeri ini sering disebit-sebut sebagai contoh penyatuan kaum dan budaya yang paling berjaya sekali..

Inilah negeriku yang terindah dan tercantik sekali.. ada gunung yang tertinggi di Asia, pantai yang bersih, laut yang membiru, hutan dara yang masih terpelihara, budaya kaum yang masih dipelihara dan ikatan kekeluargaan yang paling akrab dan mesra.. buat sahabatku Tidongboy terima kasih kerana foto yang cantik ini

Tuesday, December 23, 2008

Penjual Rokok Seludup

Mengapa rokok seludup dijual berleluasa di bandaraya Kota Kinabalu?... Amat sedih sekali kerana dalam usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bebas sampah terdapat satu lagi elemen yang sukar dibendung. Apabila anda melawat bandaraya Kota Kinabalu dan melihat beberapa wanita dan kanak-kanak duduk bersembang atau melepak di tepi premis perniagaan, apa tanggapan anda? Jangan silap kerana mereka ini segelintirnya adalah penjual rokok seludup. Antara rokok yang dijual adalah seperti ASTRO, JOHN, PREMIUM, SURIA, ERA dan banyak lagi. Harga rokok itu pula dua kali ganda lebih murah daripada rokok bukan seludup di pasaran. Walaupun fenomena ini kini sudah semakin berkurangan tetapi hakikatnya ia masih wujud dan menyakitkan mata memandang.

Kini satu lagi tektik mereka ini dengan menjual rokok seludup dalam kuantiti sedikit. Misalnya di lorong-lorong jalanraya kecil di Kampung Air. Saya lihat rokok dibuang dari arah atas bangunan kedai di lorong terbabit (mungkin bilik sewa)dan seorang akan menyambutnya di bawah. Apabila ada pembeli yang membeli rokok seludup itu, ada signal dikeluarkan seperti laungan memanggil nama dan sebagainya... dan sebungkus rokok akan dibuang dari arah atas bangunan dan disambut pula oleh seorang lagi penjual untuk diberikan kepada pembeli. Saya lihat aktiviti ini melibatkan banyak rangkaian.. itulah sebabnya ia amat sukar dibendung. Penjual rokok seludup ini tidak lagi menyimpan rokok di bawah kereta, di bawah bangku atau di almari-almari dalam gerai/pasar atau dalam beg tetapi ia kini disimpan di dalam bilik-bilik sewa khas. Mereka akan menyewa satu bilik khas iaitu yang berhampiran dengan tempat aktiviti jual beli rokok seludup ini.

Wahai penguatkuasa budiman perangilah penyeludup dan penjual JAHANAM ini kerana mereka kini memang sudah besar kepala dan semakin berleluasa dalam DIAMMMMM....

MERRY CHRISMAS AND HAPPY NEW YEAR 2009

Selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua sahabat dan keluarga tercinta and happy new year 2009. Semoga tahun baharu 2009, kita akan diberi kita reziki kesihatan dan kealfiatan serta reziki ketenangan dan sudah semestinya reziki kekayaan harta dunia dan akhirat... Biarlah tahun 2008 ini kita tinggalkan dengan kenangan abadi yang mulus dan amat manis untuk dikenang.

Friday, December 19, 2008

SISWA

Hari ini saya berada di salah sebuah universiti untuk memberi sokongan moral kepada suami kerana hari ini suami bakal menjadi siswa di universiti tersebut. Saya amat bersyukur kerana suami ingin melanjutkan pelajarannya demi untuk memberi dorongan kepada anak-anak agar turut mengikuti jejak langkahnya kelak. Walaupun anak sulung sedang menunggu keputusan SPM namun ini adalah satu hadiah yang akan mendorong anak-anak untuk terus berjaya kelak.

Selamat menjadi seorang pelajar (siswa) yang berkelibar. Semoga akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang... Untuk anak-anak semoga Allah swt akan memberi petunjuk, hidayah dan bimbingan ke arah kecemerlangan diri dan kejayaan hidup dunia dan akhiran.

Thursday, December 18, 2008

Cabaran Kehidupan

Saya ingin berkongsi cabaran kehidupanku ini, yang rasanya tidak tertanggung oleh insan kerdil sepertiku..Saya adalah SAUDARA KITA sejak 1983 lagi. Pada masa itu my mum tidak berapa setuju dengan tindakan itu. Impian saya pada masa itu ialah membawa my mum ke tanah suci tetapi apabila my mum strok kali pertama (Mei 2006) impian itu mula saya semadikan kerana merasakan bahawa ia mungkin tidak akan tercapai. Namun apabila my strok kali kedua (Oktober 2008), my mum menyatakan keinginan mendadaknya untuk menjadi SAUDARA BARU. Cabaran saya ialah bagaimana melakukannya sedangkan ahli keluarga yang lain (yang sudah dimaklumkan) mengangap ia hanya gurauan...

Kali ini strok my mum agak teruk. My mum tidak lagi boleh duduk dengan betul, suara juga tidak jelas dan agak perlahan..

Tuesday, November 25, 2008

Fatwa

Jabatan Penerangan Malaysia akan diberi tanggungjawab menjelaskan fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa agar orang ramai tidak keliru dengan sesuatu fatwa yang dikeluarkan. Maka bertambahlah tanggungjawab Jabatan Penerangan Malaysia.Turut diberi tanggungjawab adalah RTM (Jabatan Penyiaran). Namun saya setuju sekiranya Jabatan Penerangan menggalas tanggungjawab tersebut kerana Jabatan Penerangan begitu dekat dengan rakyat khususnya penduduk luar bandar.

Baru-baru ini beberapa fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa seperti pengharaman goya dan Pengkid. Isu ini diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menambah kekeliruan di kalangan rakyat

Semoga tanggungjawab murni ini dapat dilaksanakan secara efektif dan memberi impak besar kepada masyarakat.

Monday, November 24, 2008

HARI WANITA

Hari ini adalah perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2008. Perayaan Hari Wanita ini adalah khusus menghargai jasa dan perjuangan wanita membangun bangsa dan negara. Kejayaan seseorang lelaki itu sudah pastinya dibantu oleh seorang wanita yang bergelar ibu atau isteri yang sentiasa bersama mengharungi susah senang bersama suami.

Mengapa sesetengah wanita berjaya dengan cemerlang dan terbilang? Sudah tentulah kerana mempunyai komitmen yang tinggi, perancangan rapi dan tumpuan atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan.

Bukannya calang-calang cabaran seorang wanita khususnya wanita yang berkerjaya. Wanita perlu memastikan keperluan anak-anak dan suami agar tidak terabai. Lepas itu pula perlu membuktikan kepada majikan bahawa wanita juga berkemampuan melaksanakan tugas rasmi yang dipertanggungjawabkan. Itulah yang dikatakan SUPERWOMAN... memang berbaloilah wanita dihargai dan dikenang jasanya. Selamat hari wanita...2008

Thursday, November 20, 2008

harga barang naik lagi

Ini lagi satu cerita, kemarin (ada juga sakap semalam @ koniab).. saya pigi pasar Putatan untuk beli kelapa parut tapi punyalah saya terkejut sebab kelapa parut kini harganya RM1.80 sebiji.. minggu lepas cuma RM1.50 saja. Tekezzzut sia. Kawan-kawan semua mari kita boikot penjual ni supaya kita jangan beli barang jika harga barang naik. Suka-suka ja diorang ni kasi naik..Betul juga kawan-kawan cakap yang lori mengangkut barang-barang ni dapat subsidi tetapi diorang ni cekik darah betul.. Terfikir juga kalau sudah dapat subsidi, barangkali pokok kelapa tu sekarang mau minum minyak.. Barangkalilah...he..he..he...

Tuesday, November 18, 2008

Harga Baru Telur ayam

Hari ini Sabah Livestock Association mengumumkan harga baru untuk telur ayam iaitu
Gred A RM9.70, Gred B RM9.50, Gred C RM9.30, Gred D RM9.10 dan Gred E RM8.80.. Tidak tau sama ada pengumuman ini adalah dinaikkan atau diturunkan... Tapi beginilah kita ni kan.. dari kenaikan sampai keturunan inda ada kedudukan, he..he.. tempat duduk dalam bas saja bah kan...

Monday, November 17, 2008

terima cenderamata


Inilah dia..saya sedang menerima cenderakenangan daripada YB. Datuk Bobby Suan dengan disaksikan oleh YBHG. Datuk Selamat Sukimi, Timbalan Ketua Pengarah semasa Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri di Tapak Tamu Nabawan.. Kepada orang-orang Nabawan, Tahniah kerana masih menjadi penonton program ini walaupun hujan lebat

Perpisahan


Selamat berpisah untuk Warman Wagiman dan Zuraidah. Setelah sama-sama bertugas di PDN, rasanya banyak pengalaman pahit manis dialami bersama... Jika tersilap kata harap diampunkan. Moga suasana kerja di tempat baru memberi keselesaan dan motivasi dalam usaha anda mencari ruang dan peluiang untuk kejayaan masa depan.. Selamat Maju jaya untuk Warman dan Zuraidah

Mengumpat

Artikel ini saya tulis kerana merasakan ada sahabat-sahabat kita ini bukan sahaja hantu tetapi syaitan bertopengkan manusia.. manis di bibir tetapi racun berbisa di belakang. Orang ini pada saya tidak akan saya maafkan dunia akhirat kerana tidak ikhlas berkawan dengan kita.. asyik mencari keburukan malah mencari kelemahan untuk mencantas peluang.
Nabi Muhammad saw menjelaskan dengan lebih jelas mengenai perbuatan mengumpat ni:
Apakah kamu telah tahu ghiba (mengumpat)? Para sahabat menjawab, Allah dan Rasul lebih mengetahui hal itu," Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, Engkau menuturkan mengenai saudaramu yang ia tidak senangi". Salah seorang sahabat bertanya; "Bagaimana jika yang dituturkan mengenai saudaraku itu benar?", Baginda menjawab, apabila apa yang dituturkan itu benar, bererti engkau telah membicarakannya (mengumpat) dan apabila apa yang engkau telah tuturkan itu sebaliknya (tidak benar) maka engkau telah berkata bohong mengenai dirinya (memfitnah)," Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan An-Nasn.

Imam Ghazali juga menambah, mengumpat itu lebih bahaya daripada 30 orang pelacur. Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencelah, terjemahan Surah Al Humazzah, Ayat pertama.

So kawan-kawan janganlah terlalu mengumpat ya.. ingatan untuk diri ku jugalah ni, sebabnya para pengumpat ni tempatnya nanti apabila kita mati ialah di dalam neraka iaitu di HUTHAMAH seperti yang disebut dalam surah Al-HUMAZZAH.. TAKUUTTTT...

Saturday, November 8, 2008

Pinakang

hai, saya sekarang berada di kg untuk melawat my mum yang sakit.. namun demikian saya sempat juga merakam muzik tradisi untuk tarian suku kaum Kadazan Dusun Kimaragang.. namanya Pinakang. Jika berminat untuk mendengarnya bolehlah log in.. My mum masih seperti itu juga tetapi menunjukkan perkembangan positif..semoga my mum akan beransur pulih. Doakan my mum. Untuk yang berminat mempelajari tarian pinakang ini boleh menghubungi saya ...

Thursday, October 23, 2008

my mum strok lagi

hai friends,

pada hari raya ke dua yang lalu saya mendapat perkhabaran yang my mum sekali lagi kena strok. selama lapan hari saya menjaga my mum di hospital Kota Marudu. Nasib baiklah saya mendapat bilik kelas satu di hospital berkenaan, kalau tidak memang payah sebab sanak saudara tidak dibenarkan menjaga ramai-ramai jika di kelas biasa tapi dalam wad kelas satu dibenarkan. Maka menjagalah kami adik beradik siang dan malam our mum. Namum saya menjaga my mum siang dan malam so stress jugalah. akhirnya saya pun mendapat tekanan darah tinggi dengaan bacaan 166/100.. terkejut juga sebab tidak pernah ada tekanan darah tinggi sebelum ini.. saya kemudiannya dimasukkan dalam wad kecemasan sebab penglihatanku sudah mula berpinar-pinar dan separuh badan sebelah kanan sudah mula kebas2..nasib baik cepat dirawat.

Pengajaran: Dalam menjaga yang sakit, kesihatan sedniri kena juga dijaga. Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, pengawal keselamatan dan semua yang terbabit yang bertugas di Hospital Kota Marudu serta ahli keluarga.. kerana prihatin menjaga dan merawat my mum.

24.10.08

Monday, September 22, 2008

MARY CHUNG SIEW MOI

Hai Mary, selamat berangkat ke luar negara.. semoga gembira di rantauan. Selamat berangkat balik ke tanah air dan kita jumpa di KK nanti.
Kawan saya Mary Chung Siew Moi kini berada di luar negara (Australia). Saya harap Mary akan gembira di sana. Terima kasih kerana sms saya sebelum berangkat. I'll miss you