Monday, November 17, 2008

Mengumpat

Artikel ini saya tulis kerana merasakan ada sahabat-sahabat kita ini bukan sahaja hantu tetapi syaitan bertopengkan manusia.. manis di bibir tetapi racun berbisa di belakang. Orang ini pada saya tidak akan saya maafkan dunia akhirat kerana tidak ikhlas berkawan dengan kita.. asyik mencari keburukan malah mencari kelemahan untuk mencantas peluang.
Nabi Muhammad saw menjelaskan dengan lebih jelas mengenai perbuatan mengumpat ni:
Apakah kamu telah tahu ghiba (mengumpat)? Para sahabat menjawab, Allah dan Rasul lebih mengetahui hal itu," Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, Engkau menuturkan mengenai saudaramu yang ia tidak senangi". Salah seorang sahabat bertanya; "Bagaimana jika yang dituturkan mengenai saudaraku itu benar?", Baginda menjawab, apabila apa yang dituturkan itu benar, bererti engkau telah membicarakannya (mengumpat) dan apabila apa yang engkau telah tuturkan itu sebaliknya (tidak benar) maka engkau telah berkata bohong mengenai dirinya (memfitnah)," Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan An-Nasn.

Imam Ghazali juga menambah, mengumpat itu lebih bahaya daripada 30 orang pelacur. Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencelah, terjemahan Surah Al Humazzah, Ayat pertama.

So kawan-kawan janganlah terlalu mengumpat ya.. ingatan untuk diri ku jugalah ni, sebabnya para pengumpat ni tempatnya nanti apabila kita mati ialah di dalam neraka iaitu di HUTHAMAH seperti yang disebut dalam surah Al-HUMAZZAH.. TAKUUTTTT...

4 comments:

Urang Kita said...

Bagi saya bos, tuhan itu maha adil. Orang yang berbuat jahat akan terima balanya, orang yang baik akan dimurahkan rezekinya.

GC said...

Saya bukan lah orang yang alim, atau kuat agama, saya pun manusia biasa selalu buat silap, tapi saya setuju pendapat bos, dan saya ingin tambah di sini, banyak lagi kekurangan pada diri kita yang patut kita perbaiki, kenapa harus kita memburukkan kekurangan orang lain.

Tima kasih kerana sudi berkongsi bos.

sue_illyana said...

takut juga dengar bos punya topik ni..tapi kita harus ingat mengingati..memang kita bukan manusia yang sempurna tapi janganlah menjadikan diri bertambah hina dengan perbuatan sendiri.. mengumpat orang lain sekaligus mencerminkan keperibadian diri...jadi kita nilailah diri kita dulu sebelum menilai orang lain.sentiasalah muhasabah diri..

KADAYAN BANTING said...

Saya bersetuju dengan pendapat puan. Mengumpat itu adalah tabiat yang kurang baik atau tidak baik langsun. Kalau seseorang itu silap, janganlah diumpat tetapi berilah dia nasihat. Semua orang dalam dunia ini pernah berbuat kesilapan. Bagaimanapun, kalau kita diumpat, kita kena bersabar. Insya Allah ada hikmahnya.