Tuesday, November 25, 2008

Fatwa

Jabatan Penerangan Malaysia akan diberi tanggungjawab menjelaskan fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa agar orang ramai tidak keliru dengan sesuatu fatwa yang dikeluarkan. Maka bertambahlah tanggungjawab Jabatan Penerangan Malaysia.Turut diberi tanggungjawab adalah RTM (Jabatan Penyiaran). Namun saya setuju sekiranya Jabatan Penerangan menggalas tanggungjawab tersebut kerana Jabatan Penerangan begitu dekat dengan rakyat khususnya penduduk luar bandar.

Baru-baru ini beberapa fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa seperti pengharaman goya dan Pengkid. Isu ini diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menambah kekeliruan di kalangan rakyat

Semoga tanggungjawab murni ini dapat dilaksanakan secara efektif dan memberi impak besar kepada masyarakat.

Monday, November 24, 2008

HARI WANITA

Hari ini adalah perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2008. Perayaan Hari Wanita ini adalah khusus menghargai jasa dan perjuangan wanita membangun bangsa dan negara. Kejayaan seseorang lelaki itu sudah pastinya dibantu oleh seorang wanita yang bergelar ibu atau isteri yang sentiasa bersama mengharungi susah senang bersama suami.

Mengapa sesetengah wanita berjaya dengan cemerlang dan terbilang? Sudah tentulah kerana mempunyai komitmen yang tinggi, perancangan rapi dan tumpuan atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan.

Bukannya calang-calang cabaran seorang wanita khususnya wanita yang berkerjaya. Wanita perlu memastikan keperluan anak-anak dan suami agar tidak terabai. Lepas itu pula perlu membuktikan kepada majikan bahawa wanita juga berkemampuan melaksanakan tugas rasmi yang dipertanggungjawabkan. Itulah yang dikatakan SUPERWOMAN... memang berbaloilah wanita dihargai dan dikenang jasanya. Selamat hari wanita...2008

Thursday, November 20, 2008

harga barang naik lagi

Ini lagi satu cerita, kemarin (ada juga sakap semalam @ koniab).. saya pigi pasar Putatan untuk beli kelapa parut tapi punyalah saya terkejut sebab kelapa parut kini harganya RM1.80 sebiji.. minggu lepas cuma RM1.50 saja. Tekezzzut sia. Kawan-kawan semua mari kita boikot penjual ni supaya kita jangan beli barang jika harga barang naik. Suka-suka ja diorang ni kasi naik..Betul juga kawan-kawan cakap yang lori mengangkut barang-barang ni dapat subsidi tetapi diorang ni cekik darah betul.. Terfikir juga kalau sudah dapat subsidi, barangkali pokok kelapa tu sekarang mau minum minyak.. Barangkalilah...he..he..he...

Tuesday, November 18, 2008

Harga Baru Telur ayam

Hari ini Sabah Livestock Association mengumumkan harga baru untuk telur ayam iaitu
Gred A RM9.70, Gred B RM9.50, Gred C RM9.30, Gred D RM9.10 dan Gred E RM8.80.. Tidak tau sama ada pengumuman ini adalah dinaikkan atau diturunkan... Tapi beginilah kita ni kan.. dari kenaikan sampai keturunan inda ada kedudukan, he..he.. tempat duduk dalam bas saja bah kan...

Monday, November 17, 2008

terima cenderamata


Inilah dia..saya sedang menerima cenderakenangan daripada YB. Datuk Bobby Suan dengan disaksikan oleh YBHG. Datuk Selamat Sukimi, Timbalan Ketua Pengarah semasa Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri di Tapak Tamu Nabawan.. Kepada orang-orang Nabawan, Tahniah kerana masih menjadi penonton program ini walaupun hujan lebat

Perpisahan


Selamat berpisah untuk Warman Wagiman dan Zuraidah. Setelah sama-sama bertugas di PDN, rasanya banyak pengalaman pahit manis dialami bersama... Jika tersilap kata harap diampunkan. Moga suasana kerja di tempat baru memberi keselesaan dan motivasi dalam usaha anda mencari ruang dan peluiang untuk kejayaan masa depan.. Selamat Maju jaya untuk Warman dan Zuraidah

Mengumpat

Artikel ini saya tulis kerana merasakan ada sahabat-sahabat kita ini bukan sahaja hantu tetapi syaitan bertopengkan manusia.. manis di bibir tetapi racun berbisa di belakang. Orang ini pada saya tidak akan saya maafkan dunia akhirat kerana tidak ikhlas berkawan dengan kita.. asyik mencari keburukan malah mencari kelemahan untuk mencantas peluang.
Nabi Muhammad saw menjelaskan dengan lebih jelas mengenai perbuatan mengumpat ni:
Apakah kamu telah tahu ghiba (mengumpat)? Para sahabat menjawab, Allah dan Rasul lebih mengetahui hal itu," Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, Engkau menuturkan mengenai saudaramu yang ia tidak senangi". Salah seorang sahabat bertanya; "Bagaimana jika yang dituturkan mengenai saudaraku itu benar?", Baginda menjawab, apabila apa yang dituturkan itu benar, bererti engkau telah membicarakannya (mengumpat) dan apabila apa yang engkau telah tuturkan itu sebaliknya (tidak benar) maka engkau telah berkata bohong mengenai dirinya (memfitnah)," Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan An-Nasn.

Imam Ghazali juga menambah, mengumpat itu lebih bahaya daripada 30 orang pelacur. Kecelakaan bagi setiap pengumpat lagi pencelah, terjemahan Surah Al Humazzah, Ayat pertama.

So kawan-kawan janganlah terlalu mengumpat ya.. ingatan untuk diri ku jugalah ni, sebabnya para pengumpat ni tempatnya nanti apabila kita mati ialah di dalam neraka iaitu di HUTHAMAH seperti yang disebut dalam surah Al-HUMAZZAH.. TAKUUTTTT...

Saturday, November 8, 2008

Pinakang

hai, saya sekarang berada di kg untuk melawat my mum yang sakit.. namun demikian saya sempat juga merakam muzik tradisi untuk tarian suku kaum Kadazan Dusun Kimaragang.. namanya Pinakang. Jika berminat untuk mendengarnya bolehlah log in.. My mum masih seperti itu juga tetapi menunjukkan perkembangan positif..semoga my mum akan beransur pulih. Doakan my mum. Untuk yang berminat mempelajari tarian pinakang ini boleh menghubungi saya ...