Wednesday, December 24, 2008

Borneo Yang Terindah





Sedari awal saya menyedari bahawa Negeri Sabah adalah negeri yang terindah sekali. Kini Sabah telah diiktiraf sebagai Pusat Pelancongan Malaysia.. alangkah bertuahnya negeriku. Di negeri ini juga aku menyaksikan asimilasi budaya yang akrab sekali. Tidak hairanlah negeri ini sering disebit-sebut sebagai contoh penyatuan kaum dan budaya yang paling berjaya sekali..

Inilah negeriku yang terindah dan tercantik sekali.. ada gunung yang tertinggi di Asia, pantai yang bersih, laut yang membiru, hutan dara yang masih terpelihara, budaya kaum yang masih dipelihara dan ikatan kekeluargaan yang paling akrab dan mesra.. buat sahabatku Tidongboy terima kasih kerana foto yang cantik ini

Tuesday, December 23, 2008

Penjual Rokok Seludup

Mengapa rokok seludup dijual berleluasa di bandaraya Kota Kinabalu?... Amat sedih sekali kerana dalam usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bebas sampah terdapat satu lagi elemen yang sukar dibendung. Apabila anda melawat bandaraya Kota Kinabalu dan melihat beberapa wanita dan kanak-kanak duduk bersembang atau melepak di tepi premis perniagaan, apa tanggapan anda? Jangan silap kerana mereka ini segelintirnya adalah penjual rokok seludup. Antara rokok yang dijual adalah seperti ASTRO, JOHN, PREMIUM, SURIA, ERA dan banyak lagi. Harga rokok itu pula dua kali ganda lebih murah daripada rokok bukan seludup di pasaran. Walaupun fenomena ini kini sudah semakin berkurangan tetapi hakikatnya ia masih wujud dan menyakitkan mata memandang.

Kini satu lagi tektik mereka ini dengan menjual rokok seludup dalam kuantiti sedikit. Misalnya di lorong-lorong jalanraya kecil di Kampung Air. Saya lihat rokok dibuang dari arah atas bangunan kedai di lorong terbabit (mungkin bilik sewa)dan seorang akan menyambutnya di bawah. Apabila ada pembeli yang membeli rokok seludup itu, ada signal dikeluarkan seperti laungan memanggil nama dan sebagainya... dan sebungkus rokok akan dibuang dari arah atas bangunan dan disambut pula oleh seorang lagi penjual untuk diberikan kepada pembeli. Saya lihat aktiviti ini melibatkan banyak rangkaian.. itulah sebabnya ia amat sukar dibendung. Penjual rokok seludup ini tidak lagi menyimpan rokok di bawah kereta, di bawah bangku atau di almari-almari dalam gerai/pasar atau dalam beg tetapi ia kini disimpan di dalam bilik-bilik sewa khas. Mereka akan menyewa satu bilik khas iaitu yang berhampiran dengan tempat aktiviti jual beli rokok seludup ini.

Wahai penguatkuasa budiman perangilah penyeludup dan penjual JAHANAM ini kerana mereka kini memang sudah besar kepala dan semakin berleluasa dalam DIAMMMMM....

MERRY CHRISMAS AND HAPPY NEW YEAR 2009

Selamat menyambut perayaan Krismas kepada semua sahabat dan keluarga tercinta and happy new year 2009. Semoga tahun baharu 2009, kita akan diberi kita reziki kesihatan dan kealfiatan serta reziki ketenangan dan sudah semestinya reziki kekayaan harta dunia dan akhirat... Biarlah tahun 2008 ini kita tinggalkan dengan kenangan abadi yang mulus dan amat manis untuk dikenang.

Friday, December 19, 2008

SISWA

Hari ini saya berada di salah sebuah universiti untuk memberi sokongan moral kepada suami kerana hari ini suami bakal menjadi siswa di universiti tersebut. Saya amat bersyukur kerana suami ingin melanjutkan pelajarannya demi untuk memberi dorongan kepada anak-anak agar turut mengikuti jejak langkahnya kelak. Walaupun anak sulung sedang menunggu keputusan SPM namun ini adalah satu hadiah yang akan mendorong anak-anak untuk terus berjaya kelak.

Selamat menjadi seorang pelajar (siswa) yang berkelibar. Semoga akan menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang... Untuk anak-anak semoga Allah swt akan memberi petunjuk, hidayah dan bimbingan ke arah kecemerlangan diri dan kejayaan hidup dunia dan akhiran.

Thursday, December 18, 2008

Cabaran Kehidupan

Saya ingin berkongsi cabaran kehidupanku ini, yang rasanya tidak tertanggung oleh insan kerdil sepertiku..Saya adalah SAUDARA KITA sejak 1983 lagi. Pada masa itu my mum tidak berapa setuju dengan tindakan itu. Impian saya pada masa itu ialah membawa my mum ke tanah suci tetapi apabila my mum strok kali pertama (Mei 2006) impian itu mula saya semadikan kerana merasakan bahawa ia mungkin tidak akan tercapai. Namun apabila my strok kali kedua (Oktober 2008), my mum menyatakan keinginan mendadaknya untuk menjadi SAUDARA BARU. Cabaran saya ialah bagaimana melakukannya sedangkan ahli keluarga yang lain (yang sudah dimaklumkan) mengangap ia hanya gurauan...

Kali ini strok my mum agak teruk. My mum tidak lagi boleh duduk dengan betul, suara juga tidak jelas dan agak perlahan..