Tuesday, December 23, 2008

Penjual Rokok Seludup

Mengapa rokok seludup dijual berleluasa di bandaraya Kota Kinabalu?... Amat sedih sekali kerana dalam usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai bebas sampah terdapat satu lagi elemen yang sukar dibendung. Apabila anda melawat bandaraya Kota Kinabalu dan melihat beberapa wanita dan kanak-kanak duduk bersembang atau melepak di tepi premis perniagaan, apa tanggapan anda? Jangan silap kerana mereka ini segelintirnya adalah penjual rokok seludup. Antara rokok yang dijual adalah seperti ASTRO, JOHN, PREMIUM, SURIA, ERA dan banyak lagi. Harga rokok itu pula dua kali ganda lebih murah daripada rokok bukan seludup di pasaran. Walaupun fenomena ini kini sudah semakin berkurangan tetapi hakikatnya ia masih wujud dan menyakitkan mata memandang.

Kini satu lagi tektik mereka ini dengan menjual rokok seludup dalam kuantiti sedikit. Misalnya di lorong-lorong jalanraya kecil di Kampung Air. Saya lihat rokok dibuang dari arah atas bangunan kedai di lorong terbabit (mungkin bilik sewa)dan seorang akan menyambutnya di bawah. Apabila ada pembeli yang membeli rokok seludup itu, ada signal dikeluarkan seperti laungan memanggil nama dan sebagainya... dan sebungkus rokok akan dibuang dari arah atas bangunan dan disambut pula oleh seorang lagi penjual untuk diberikan kepada pembeli. Saya lihat aktiviti ini melibatkan banyak rangkaian.. itulah sebabnya ia amat sukar dibendung. Penjual rokok seludup ini tidak lagi menyimpan rokok di bawah kereta, di bawah bangku atau di almari-almari dalam gerai/pasar atau dalam beg tetapi ia kini disimpan di dalam bilik-bilik sewa khas. Mereka akan menyewa satu bilik khas iaitu yang berhampiran dengan tempat aktiviti jual beli rokok seludup ini.

Wahai penguatkuasa budiman perangilah penyeludup dan penjual JAHANAM ini kerana mereka kini memang sudah besar kepala dan semakin berleluasa dalam DIAMMMMM....

No comments: