Monday, November 24, 2008

HARI WANITA

Hari ini adalah perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah 2008. Perayaan Hari Wanita ini adalah khusus menghargai jasa dan perjuangan wanita membangun bangsa dan negara. Kejayaan seseorang lelaki itu sudah pastinya dibantu oleh seorang wanita yang bergelar ibu atau isteri yang sentiasa bersama mengharungi susah senang bersama suami.

Mengapa sesetengah wanita berjaya dengan cemerlang dan terbilang? Sudah tentulah kerana mempunyai komitmen yang tinggi, perancangan rapi dan tumpuan atau fokus terhadap apa yang ingin dilakukan.

Bukannya calang-calang cabaran seorang wanita khususnya wanita yang berkerjaya. Wanita perlu memastikan keperluan anak-anak dan suami agar tidak terabai. Lepas itu pula perlu membuktikan kepada majikan bahawa wanita juga berkemampuan melaksanakan tugas rasmi yang dipertanggungjawabkan. Itulah yang dikatakan SUPERWOMAN... memang berbaloilah wanita dihargai dan dikenang jasanya. Selamat hari wanita...2008

1 comment:

KADAYAN BANTING said...

Hari ini ramai wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang kerja masing-masing. Namun, tidak semua mereka yang berjaya dalam alam pekerjaan itu berjaya dalam alam rumah tangga dan pengurusan keluarga. Lelakipun begitu juga. Sepatutnya apa yang dikatakan berjaya itu adalah kejayaan yang seimbang dari segi kerjaya dan keluarga.