Tuesday, November 25, 2008

Fatwa

Jabatan Penerangan Malaysia akan diberi tanggungjawab menjelaskan fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa agar orang ramai tidak keliru dengan sesuatu fatwa yang dikeluarkan. Maka bertambahlah tanggungjawab Jabatan Penerangan Malaysia.Turut diberi tanggungjawab adalah RTM (Jabatan Penyiaran). Namun saya setuju sekiranya Jabatan Penerangan menggalas tanggungjawab tersebut kerana Jabatan Penerangan begitu dekat dengan rakyat khususnya penduduk luar bandar.

Baru-baru ini beberapa fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa seperti pengharaman goya dan Pengkid. Isu ini diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menambah kekeliruan di kalangan rakyat

Semoga tanggungjawab murni ini dapat dilaksanakan secara efektif dan memberi impak besar kepada masyarakat.

3 comments:

BLOG KOMEN said...

Saya rasa yang paling sesuai kena orang dari agensi keagamaan sendiri yang menjelaskan fatwa itu kerana mereka ada authority. Jabatan Penerangan hanya bertindak menyediakan salurannya.

KADAYAN BANTING said...

RTM DAN JABATAN PENERANGAN BERI TEMPAT UNTUK BANTU JELAS FATWA

KUALA LUMPUR, 25 Nov - Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan bersedia memberikan tempat kepada pihak-pihak berkenaan untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan di negara ini, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya RTM dan Jabatan Penerangan mempunyai infrastruktur dan kemudahan bagi membolehkan pihak yang berkaitan dengan fatwa untuk memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai fatwa yang dikeluarkan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kualiti 2008 Kementerian Penerangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata adalah penting bagi pihak yang berkenaan untuk memberikan penerangan yang lebih dan jelas kepada rakyat mengenai fatwa yang dikeluarkan.

“Kita mahu pihak berkenaan…Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan sebagainya untuk mengartikulasikan fatwa yang berkenaan dan RTM dan Jabatan Penerangan akan menyediakan infrastruktur supaya penerangan itu dapat disampaikan ke pihak akar umbi sejelas-jelasnya,” katanya ketika ditanya bagaimana RTM dapat memainkan peranan dalam membantu menjelaskan fatwa yang dikeluarkan kepada rakyat termasuk kepada bukan Islam.

ipv6 said...

bertambah kerja, tambah staff,xder buget ask for more.why worry?
but before tht banyak lagi I think Jabatan 'dok sajer sajer' kat rtm wile otrs section kerja teruk.trypical gomen I must say.