Monday, March 16, 2009

Long Pasia Dan Pulau Tiga







Perjalanan ke Kampung Long Pasia memakan masa lebih kurang empat jam dari Sipitang. Tempat ini sunggguh menarik dan aman damai suasananya. Kami sempat meninjau pembangunan di kampung ini... Boleh dikatakan semua prasana pembangunan dilaksanakan termasuk kemudahan perhubungan awam seperti talian internet, telefon, bekalan eletrik (Suria), sekolah, asrama pelajar sekolah rendah, kesihatan dan banyak lagi.

Setelah melawat ke Long Pasia, kami juga melawat beberapa tempat menarik di Bahagian Pedalan Bawah termasuklah pulau pelancongan di Kuala Penyu iaitu Pulau Tiga.

Pulau Tiga adalah sebuah pulau pelancongan yang terletak di daerah Kuala Penyu. Pulau ini di bawah jagaan Taman-Taman Sabah. Perjalanan ke Pulau Tiga cuma lebih kurang 25 minit dari Jeti Kuala Penyu. Pulau Tiga mendapat namanya berdasarkan bentuk mukabuminya seperti digit '3' jika dilihat daripada pandangan atas.

Perjananan kami ke pulau itu ditaja oleh Taman-Taman Sabah dan dalam kesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah di atas tajaan tersebut. Juga kepada sahabat saya Puan Sulia Banying kerana sumbangan gambar-gambar menariknya.

2 comments:

sue_illyana said...

mana gambarnya bos tidak upload?yang species terancam tu yang cantik..haha...

KADAYAN BANTING said...

wow! ada gambar sudah, hari tu saya lawat blog ni belum ada gambar lagi