Friday, March 13, 2009

Pensiangan

Keputusan mahkamah semalam memihak kepada Tan Sri Joseph Kurup... dengan itu pilihanraya kemungkinan tidak akan berlaku. Saya setuju jika ia berlaku kerana seharusnya tumpuan diberikan kepada membangunkan Parlimen Pensiangan. Banyak yang perlu dilakukan di kawasan itu antaranya ialah membangunankan minda dan modal insan penduduk khususnya di daerah Nabawan dan Parlimen Pensiangan keseluruhannya.

Rakyat di kawasan ini dahagakan pembangunan... mereka nampak pembangunan di seluruh dunia kerana hanya kawasan ini dibenarkan menggunakan parabola. Jika dibandingkan dengan penduduk Negeri Sabah yang lain, penduduk di kawasan ini bertuah kerana keistimewaan memiliki parabola membolehkan mereka dapat melihat lebih seratus saluran tv di seluruh dunia. Oleh kerana itu mereka boleh membezakan pembangunan di tempat lain dengan pembangunan di tempat mereka.

2 comments:

KADAYAN BANTING said...

Mohon izin untuk memasukan artikel ini ke blog Bicara Pensiangan. Terima kasih

Anonymous said...

sampai sekarang pun tak juga membangun tu? tak kira la.. p/raya atau tidak nasib rakyat masih belum terbela.. janji tinggal janji. mikrofon patah lantai pentas kempen pun sudah reput tapi sampai sekarang jalan masih tak sempurna. mahu tunggu berapa kali Rancangan Malaysia ni.