Tuesday, December 15, 2009

UNTUKMU AYAH

Sesekali hati ini bertanya, adilkah aku melayan karenamu semasa hayatmu di dunia ini?.. Kesal sesekali datang,, alangkah bertuahnya aku apabila adamu di depanku tetapi terabai.. namun tak pernahku dengar rintahan dukamu. Hadirku di sisimu meranap sedihmu. Aku amat bertuah sekali. Ampunkan aku ayah. moga rohmu dicucuri Rahman dan diampunkan segala dosamu

Wednesday, June 10, 2009

JAGUH BADMINTON






Baru-baru ini isteri Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan telah mengiringi suami tercinta, Dato'Seri Utama Dr. Rais Yatim melawat ke Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu... yang saya ceritakan di sini ialah kecergasan luar biasa Datin Seri Utama Maznah Rais. Saya begitu admire sekali di atas usaha tegas Datin Seri mengurus masa khusus untuk menjalankan aktiviti riadah seperti badminton, senaman, menulis dan dalam masa yang sama mengiringi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di dalam setiap acara rasmi suami. Sesungguhnya semasa Datin Seri Utama di Sabah, sempat juga bermain badminton sebanyak 11 permainan tanpa henti dan semuanya Datin Seri memenangi perlawanan tersebut. Saya tabik hormat Datin Seri kerana kecergasan luas biasa walaupun usia mencecah 58 tahun... Syabas, mungkin saya perlu mempelajari dan mengikuti jejak langkah Datin Seri Utama khus dalam aktiviti riadah ini

Sunday, May 17, 2009

Kucing Kesayanganku






Hai, Salam sejahtera... lama tidak ke alam maya

Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai hobi masa lapangku... saya suka kucing kerana kucing ini pada saya sangat comel dan manja. Saya ada beberapa ekor kucing iaitu Pet, Chloie, Intan, Dewi dan Boboy... Bagaimana cantik tak? Menjaga kucing ini perlu rutin iaitu kena vaksin tiga bulan selepas lahir, sembilan bulan dan setiap tahun sekali (wajib divaksin). Manakala setiap bulan wajib dibagi makan ubat cacing. Memelihara kucing ini juga satu terapi untuk rehatkan minda yang sentiasa stress.

Satu lagi hobi saya ialah mengumpul payung-payung. Di rumah terdapat lebih daripada tiga puluh jenis payung pemberian kawan-kawan.. Hobi ini adalah untuk keselesaan sendiri malah saya pernah baca yang mempunyai hobi-hobi yang unik ini satu terapi mengelak daripada cepat nyanyuk... so apa lagi bermulalah anda dengan hobi-hobi unik yang paling anda suka mulai hari ini.

Thursday, April 2, 2009

RAPTAI





Baru-baru ini saya terlibat secara tidak langsung dengan lawatan rasmi Sultan Brunei ke Negeri Sabah... pengalaman sungguh manis untuk dikenang. Syabas! Dan Tahniah kepada Ybhg. Datuk Maznah Ghani di atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut. Gambar Ehsan: Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Thursday, March 19, 2009

LONG PA'SIA




Ini ialah gambar pertemuan dua buah sungai iaitu sungai dari Negara Indonesia dan Sungai Padas dari Negara kita (berwarna hitam). Pertemuan dua buah sungai itu dinamakan Muara Sungai Merah atau Long Pa'sia dalam bahasa tempatan. Kampung Long Pa'sia mengambil nama sempena pertemuan dua buah sungai tersebut iaitu Long Pa'sia dan nama itu kekal hingga kini.

Monday, March 16, 2009

Long Pasia Dan Pulau Tiga







Perjalanan ke Kampung Long Pasia memakan masa lebih kurang empat jam dari Sipitang. Tempat ini sunggguh menarik dan aman damai suasananya. Kami sempat meninjau pembangunan di kampung ini... Boleh dikatakan semua prasana pembangunan dilaksanakan termasuk kemudahan perhubungan awam seperti talian internet, telefon, bekalan eletrik (Suria), sekolah, asrama pelajar sekolah rendah, kesihatan dan banyak lagi.

Setelah melawat ke Long Pasia, kami juga melawat beberapa tempat menarik di Bahagian Pedalan Bawah termasuklah pulau pelancongan di Kuala Penyu iaitu Pulau Tiga.

Pulau Tiga adalah sebuah pulau pelancongan yang terletak di daerah Kuala Penyu. Pulau ini di bawah jagaan Taman-Taman Sabah. Perjalanan ke Pulau Tiga cuma lebih kurang 25 minit dari Jeti Kuala Penyu. Pulau Tiga mendapat namanya berdasarkan bentuk mukabuminya seperti digit '3' jika dilihat daripada pandangan atas.

Perjananan kami ke pulau itu ditaja oleh Taman-Taman Sabah dan dalam kesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah di atas tajaan tersebut. Juga kepada sahabat saya Puan Sulia Banying kerana sumbangan gambar-gambar menariknya.

Friday, March 13, 2009

Pensiangan

Keputusan mahkamah semalam memihak kepada Tan Sri Joseph Kurup... dengan itu pilihanraya kemungkinan tidak akan berlaku. Saya setuju jika ia berlaku kerana seharusnya tumpuan diberikan kepada membangunkan Parlimen Pensiangan. Banyak yang perlu dilakukan di kawasan itu antaranya ialah membangunankan minda dan modal insan penduduk khususnya di daerah Nabawan dan Parlimen Pensiangan keseluruhannya.

Rakyat di kawasan ini dahagakan pembangunan... mereka nampak pembangunan di seluruh dunia kerana hanya kawasan ini dibenarkan menggunakan parabola. Jika dibandingkan dengan penduduk Negeri Sabah yang lain, penduduk di kawasan ini bertuah kerana keistimewaan memiliki parabola membolehkan mereka dapat melihat lebih seratus saluran tv di seluruh dunia. Oleh kerana itu mereka boleh membezakan pembangunan di tempat lain dengan pembangunan di tempat mereka.