Thursday, March 19, 2009

LONG PA'SIA




Ini ialah gambar pertemuan dua buah sungai iaitu sungai dari Negara Indonesia dan Sungai Padas dari Negara kita (berwarna hitam). Pertemuan dua buah sungai itu dinamakan Muara Sungai Merah atau Long Pa'sia dalam bahasa tempatan. Kampung Long Pa'sia mengambil nama sempena pertemuan dua buah sungai tersebut iaitu Long Pa'sia dan nama itu kekal hingga kini.

Monday, March 16, 2009

Long Pasia Dan Pulau Tiga







Perjalanan ke Kampung Long Pasia memakan masa lebih kurang empat jam dari Sipitang. Tempat ini sunggguh menarik dan aman damai suasananya. Kami sempat meninjau pembangunan di kampung ini... Boleh dikatakan semua prasana pembangunan dilaksanakan termasuk kemudahan perhubungan awam seperti talian internet, telefon, bekalan eletrik (Suria), sekolah, asrama pelajar sekolah rendah, kesihatan dan banyak lagi.

Setelah melawat ke Long Pasia, kami juga melawat beberapa tempat menarik di Bahagian Pedalan Bawah termasuklah pulau pelancongan di Kuala Penyu iaitu Pulau Tiga.

Pulau Tiga adalah sebuah pulau pelancongan yang terletak di daerah Kuala Penyu. Pulau ini di bawah jagaan Taman-Taman Sabah. Perjalanan ke Pulau Tiga cuma lebih kurang 25 minit dari Jeti Kuala Penyu. Pulau Tiga mendapat namanya berdasarkan bentuk mukabuminya seperti digit '3' jika dilihat daripada pandangan atas.

Perjananan kami ke pulau itu ditaja oleh Taman-Taman Sabah dan dalam kesempatan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah di atas tajaan tersebut. Juga kepada sahabat saya Puan Sulia Banying kerana sumbangan gambar-gambar menariknya.

Friday, March 13, 2009

Pensiangan

Keputusan mahkamah semalam memihak kepada Tan Sri Joseph Kurup... dengan itu pilihanraya kemungkinan tidak akan berlaku. Saya setuju jika ia berlaku kerana seharusnya tumpuan diberikan kepada membangunkan Parlimen Pensiangan. Banyak yang perlu dilakukan di kawasan itu antaranya ialah membangunankan minda dan modal insan penduduk khususnya di daerah Nabawan dan Parlimen Pensiangan keseluruhannya.

Rakyat di kawasan ini dahagakan pembangunan... mereka nampak pembangunan di seluruh dunia kerana hanya kawasan ini dibenarkan menggunakan parabola. Jika dibandingkan dengan penduduk Negeri Sabah yang lain, penduduk di kawasan ini bertuah kerana keistimewaan memiliki parabola membolehkan mereka dapat melihat lebih seratus saluran tv di seluruh dunia. Oleh kerana itu mereka boleh membezakan pembangunan di tempat lain dengan pembangunan di tempat mereka.